Perubahan harga minyak 2008 Harga_minyak_Malaysia

Tahun 2008 menyaksikan beberapa siri kenaikan dan penurunan harga petrol di pam minyak sejajar dengan turun naik harga minyak mentah di pasaran dunia.

Pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.[3][4]

Sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan Malaysia pada 22 Ogos 2008 mengumumkan penurunan harga runcit minyak. Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008.[4] Pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel.[5] Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen.[6] Seterusnya pada 1 November, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen.[7] Harga runcit petrol terus turun pada 18 November[8], 3 Disember 2008[9] dan 16 Disember 2008.[10]

Rujukan

WikiPedia: Harga_minyak_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-mi... http://www.astroawani.com/news/show/ron97-turun-20... http://web6.bernama.com/client/hpm08/news.php?id=5... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.malaysiakini.com/news/282094 http://www.malaysiakini.com/news/285032